Friday, February 15, 2008

Siapa "Ismail Pakar Akar Kayu Herba" ?

profileismail.jpg


Orangnya cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit...


Akhbar METRO AHAD, ruangan "ORANG BESAR"
Ahad, 30 April 2006
muka surat 48 dan 57


Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

ORANGNYA cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ketika ahli perniagaan setarafnya bergaya dengan banglo, beliau lebih selesa menetap di rumah pusaka keluarganya yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh. Ia cukup berbeza dengan bangunan HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat yang diasaskannya pada 1997 yang tersergam indah di Jalan Jejawi, Perlis.Ini tidak termasuk dua kilang miliknya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bernilai RM10 juta.

Mungkin mereka yang pertama kali berjumpa Pengarah Urusan HPA itu akan mengaitkan kesedarhanaan hidup beliau dengan imej waraknya.

Namun bagi Ismail Ahmad, 43, kehidupan peribadi dan perniagaan mempunyai sempadannya yang tersendiri.

"Saya lebih selesa jika orang mengenali produk dan syarikat ini daripada diri saya," kata 'tauke HPA' itu sebaik wartawan Metro Ahad melangkah masuk ke pejabatnya di Perlis, baru-baru ini.

Kenyataan itu melahirkan rasa bimbang jika gagal mendapatkan maklumat dikehendaki untuk menulis di ruangan ini. Namun dalam tempoh singkat, sesi temu bual yang bermula dengan formal berubah kepada suasana penuh mesra dan ceria.

Keadaan menjadi bertambah rancak apabila graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menceritakan mengenai hobinya sejak zaman kanak-kanak untuk memasuki hutan bagi mencari pokok herba dan akar kayu.

"Hobi ini bermula sejak saya berusia 12 tahun dan kini dipindahkan menjadi kerjaya dan perniagaan teras saya hari ini sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan herba," katanya.

Ismail yang juga anak jati Jejawi berkata, walaupun kini memiliki perniagaan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara, beliau masih memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dalam sebulan untuk memasuki hutan.

"Bukan bersikap takabbur, tetapi hampir seluruh hutan dan bukit di sekitar Perlis dan Kedah ini sudah saya jelajahi.

"Bermula daripada kanak-kanak dengan mengekori orang yang lebih dewasa untuk belajar pengalaman mereka, kini jika saya mahu mencari sesuatu akar kayu atau herba, Insyaallah saya boleh ingat di hutan dan bukit mana.

"Malah, jika sesuatu herba atau akar kayu itu dibalut dengan kain, hanya daripada bau dan memegang bentuknya saya boleh tahu jenisnya," katanya.

Mengenai pengalaman pelik atau mencemaskan sepanjang 21 tahun meredah hutan dan bukit, Ismail berkata, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana setakat ini hanya menemui tapak peninggalan binatang buas seperti gajah dan harimau.

"Yang pasti pengalaman memasuki hutan sungguh istimewa. Ini kerana apabila kita semakin mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah SWT, kita akan semakin merasai kebesaran-Nya.

"Sebagai contoh ada sejenis garam di puncak Gunung Jerai yang cukup berkesan untuk penyakit kencing manis, dan masa mengambil garam ini yang paling baik ialah selepas kambing gurun menjilatnya dan kambing itu hanya hadir pada waktu tertentu," katanya.Antara pengalaman luar biasa yang lain ialah beliau pernah menemui 'batu leleh' sebesar pemeluk orang dewasa yang mempunyai banyak keistimewaan, terutama berfungsi sebagai penyerap racun dan bernilai ratusan ribu ringgit.Apabila ditanya bagaimana daripada hanya pencari akar kayu dan herba di hutan, beliau muncul sebagai peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, Ismail berkata:

"Semuanya bermula ketika saya bekerja di LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Kampung Kok Keliang dekat Padang Sidin di Perlis. Kami memenangi anugerah Hari Q (Qualiti) JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan dihantar ke Indonesia sebagai hadiah.

"Di sana, kami berpeluang melawat beberapa kilang ubat tradisional seperti Mustika Ratu dan Nyonya Menere. Daripada situ saya terfikir mengapa orang Malaysia tidak mencontohi mereka kerana kita ada permintaan tinggi untuk produk ini.

"Lagipun ketika itu saya memang berniaga ubat secara kecil-kecilan. Malah, ketika di UPM pun, saya berniaga ubat di pasar malam. Ramai penuntut UPM sama ada 'batch' (tahun) saya atau senior mahupun junior mengenali saya sebagai penjual ubat pasar malam.

"Selepas tamat pengajian dan bekerja di LPP, saya masih meneruskan perniagaan ini dan apabila mendapat suntikan semangat daripada pengalaman di Indonesia, saya berhenti kerja di LPP pada 1995," katanya.

Sila daftar percuma di sini untuk maklumat lanjut mengenai 'Mai Secawan'

1 comment:

Fauzi HBP 89 said...

Saya selalu lalu hadapan HPA Jejawi Perlis. Semoga usaha tuan tuan puan puan berjaya dan di berkati. Saja jual produk ini, klik untuk maklumat lanjut