Saturday, May 10, 2008

Teruskan Promosi....peluang melalui iklan berbayar

Kepada sahabat yang ingin mengembangkan network, sama-sama kita teruskan promosi samada secara online atau pun secara offline.

Internet memberi peluang baru untuk mengembangkan network kita, tetapi seperti juga teknik lain, kena banyak bersabar. Kadang-kadang letih kita buat promosi di Internet tetapi tiada pun yang register melalui web kita.

Panduan dari Reza insyaallah serba sedikit boleh membantu dan yang penting kita konsisten dalam membuat promosi. Sebagai permulaan boleh mula dengan mana-mana teknik promosi.

Saya juga galakkan sahabat sekalian cuba guna iklan berbayar untuk mempercepatkan lagi proses mengembangkan network. Contoh yang saya pernah guna ialah iklan teks di www.klpos.com . RM30 sebulan. Boleh dapat dalam average 10 visitor satu hari. Dan iklan tersebut juga merupakan salah satu iklan yang menolong saya mendapat 19 orang yang register melalui web saya sejak tengah bulan lepas.

Banyak lagi laman web yang menyediakan khidmat iklan berbayar. Ada masa sahabat boleh cuba cari laman web yang sesuai kalau berminat untuk menggunakan iklan berbayar. Saya rasa tak rugi jika kita menggunakan iklan berbayar kerana jika menggunakan teknik offline pun kita juga perlu mengeluarkan wang untuk duit 'minyak' untuk pergi berjumpa dengan prospek-prospek.

Ada sebarang masalah atau pertanyaan boleh contact saya.

Teruskan Promosi !

http://www.duniaherba.net/shuk

Wednesday, February 27, 2008

5 sebab untuk bersama dengan HPA 'mai secawan'

Terima kasih kerana membaca post ini. Kepada anda yang mencari peluang bisnes di Internet, anda mungkin sudah biasa jumpa dengan macam-macam peluang yang ada di Internet. Bagi saya, setiap peluang mempunyai kelebihan masing-masing. Terpulang untuk anda menilainya.

Begitu juga dengan HPA 'Mai Secawan'. Bagi saya terdapat beberapa faktor yang memberi kekuatan tersendiri kepada HPA.

1- Kesihatan sebenar - Keadaan hidup sekarang banyak membawa kepada ketidakseimbangkan dari segi kesihatan. HPA memberi peluang kepada anda mencapai kesihatan sebenar melalui kepakaran herba warisan. HPA sudah 20 tahun dalam dunia herba.

2- Produk halal kegunaan harian - HPA juga komited untuk mengeluarkan produk-produk halal lagi suci untuk kegunaan umat Islam. Pelbagai barangan harian telah dikeluarkan termasuklah Ayam organik.

3- Kebebasan Kewangan - HPA perkenalkan program 'Perkongsian Bijak Cemerlang' untuk melatih mereka yang berminat untuk menjadi usahawan HPA yang berjaya. Bisnes juga boleh juga dijalankan secara online seperti group kami, DuniaHerba.Net . Web replica percuma akan diberi , cth: http://www.duniaherba.net/shuk

4- Penerapan amalan Islam - Perkerja HPA perlu mengambil wudhu' sebelum memulakan kerja. Solat Dhuha dan bacaan Ma'thurat juga diamalkan.

5- Kualiti Produk - Produk mendapat kelulusan BPFK, KKM dan Sijil Halal. Insyaallah selamat untuk digunakan

Friday, February 22, 2008

Kes AYAM lagi ?

Tak abis-abis dengan kes ayam yang tidak disembelih dengan cara yang betul. Ntah-ntah kita sendiri pun pernah makan ayam dalam kategori tersebut. Mintak dijauhkan Allah. Kat bawah berita mengenai kes terbaru.

promo : HPA 'Mai Secawan' telah mengeluarkan ayam organik. Klik untuk maklumat lanjut HPA

3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.

"Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
"Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus," katanya.

Wednesday, February 20, 2008

Adakah boleh berjaya tanpa FOKUS ?

Kali ni saya nak berkongsi sikit mengenai konsep fokus dalam bisnes pemasaran rangkaian secara Internet. Dalam apa yang kita buat sebenarnya, tak boleh lari dari konsep fokus jika ingin berjaya.

Kalau kita tengok sekarang ni terlalu banyak peluang bisnes kat Internet dan mungkin sudah macam kebiasaan kita lompat dari satu program ke program. Sebenarnya ini adalah satu habit yang tidak baik jika kita ingin berjaya dalam pemasaran rangkaian.

Setiap peluang bisnes yang kita join, boleh ibaratkan macam kita gali telaga untuk dapatkan mata air. Untuk dapatkan mata air kita kena fokuskan menggali pada telaga tersebut sehingga dapat mata airnya. Macamana kalau kita asyik sentiasa menggali telaga yang baru sebelum kita sempat mendapat mata air di mana-mana telaga. Bagi saya, setiap peluang bisnes di Internet biasanya mempunyai kelebihan masing-masing dan ada peluang untuk berjaya. Kecualilah ada keraguan pada sesuatu peluang itu.

Perkara ni memang dah banyak dilontarkan di blog bisnes online yang lain. Cuma sekadar renungan dan peringatan untuk diri saya dan juga untuk anda semua. Sama-sama kita fikirkan.

Tuesday, February 19, 2008

Anda pernah minum Kopi Radix ?


Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu

Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)

Tongkat Ali dan Herba terpilih

Dos :

Boleh diminum sehingga 6 paket sehari

Harga :

Kotak Kecil - Semenanjung : RM15

Sabah/Sarawak : RM18

Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30

Sabah/Sarawak : RM36

Papan - Semenanjung : RM20

Sabah/Sarawak : RM22


Sila daftar percuma di sini untuk maklumat lanjut mengenai 'Mai Secawan'


Friday, February 15, 2008

Siapa "Ismail Pakar Akar Kayu Herba" ?

profileismail.jpg


Orangnya cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit...


Akhbar METRO AHAD, ruangan "ORANG BESAR"
Ahad, 30 April 2006
muka surat 48 dan 57


Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

ORANGNYA cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ketika ahli perniagaan setarafnya bergaya dengan banglo, beliau lebih selesa menetap di rumah pusaka keluarganya yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh. Ia cukup berbeza dengan bangunan HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat yang diasaskannya pada 1997 yang tersergam indah di Jalan Jejawi, Perlis.Ini tidak termasuk dua kilang miliknya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bernilai RM10 juta.

Mungkin mereka yang pertama kali berjumpa Pengarah Urusan HPA itu akan mengaitkan kesedarhanaan hidup beliau dengan imej waraknya.

Namun bagi Ismail Ahmad, 43, kehidupan peribadi dan perniagaan mempunyai sempadannya yang tersendiri.

"Saya lebih selesa jika orang mengenali produk dan syarikat ini daripada diri saya," kata 'tauke HPA' itu sebaik wartawan Metro Ahad melangkah masuk ke pejabatnya di Perlis, baru-baru ini.

Kenyataan itu melahirkan rasa bimbang jika gagal mendapatkan maklumat dikehendaki untuk menulis di ruangan ini. Namun dalam tempoh singkat, sesi temu bual yang bermula dengan formal berubah kepada suasana penuh mesra dan ceria.

Keadaan menjadi bertambah rancak apabila graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menceritakan mengenai hobinya sejak zaman kanak-kanak untuk memasuki hutan bagi mencari pokok herba dan akar kayu.

"Hobi ini bermula sejak saya berusia 12 tahun dan kini dipindahkan menjadi kerjaya dan perniagaan teras saya hari ini sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan herba," katanya.

Ismail yang juga anak jati Jejawi berkata, walaupun kini memiliki perniagaan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara, beliau masih memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dalam sebulan untuk memasuki hutan.

"Bukan bersikap takabbur, tetapi hampir seluruh hutan dan bukit di sekitar Perlis dan Kedah ini sudah saya jelajahi.

"Bermula daripada kanak-kanak dengan mengekori orang yang lebih dewasa untuk belajar pengalaman mereka, kini jika saya mahu mencari sesuatu akar kayu atau herba, Insyaallah saya boleh ingat di hutan dan bukit mana.

"Malah, jika sesuatu herba atau akar kayu itu dibalut dengan kain, hanya daripada bau dan memegang bentuknya saya boleh tahu jenisnya," katanya.

Mengenai pengalaman pelik atau mencemaskan sepanjang 21 tahun meredah hutan dan bukit, Ismail berkata, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana setakat ini hanya menemui tapak peninggalan binatang buas seperti gajah dan harimau.

"Yang pasti pengalaman memasuki hutan sungguh istimewa. Ini kerana apabila kita semakin mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah SWT, kita akan semakin merasai kebesaran-Nya.

"Sebagai contoh ada sejenis garam di puncak Gunung Jerai yang cukup berkesan untuk penyakit kencing manis, dan masa mengambil garam ini yang paling baik ialah selepas kambing gurun menjilatnya dan kambing itu hanya hadir pada waktu tertentu," katanya.Antara pengalaman luar biasa yang lain ialah beliau pernah menemui 'batu leleh' sebesar pemeluk orang dewasa yang mempunyai banyak keistimewaan, terutama berfungsi sebagai penyerap racun dan bernilai ratusan ribu ringgit.Apabila ditanya bagaimana daripada hanya pencari akar kayu dan herba di hutan, beliau muncul sebagai peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, Ismail berkata:

"Semuanya bermula ketika saya bekerja di LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Kampung Kok Keliang dekat Padang Sidin di Perlis. Kami memenangi anugerah Hari Q (Qualiti) JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan dihantar ke Indonesia sebagai hadiah.

"Di sana, kami berpeluang melawat beberapa kilang ubat tradisional seperti Mustika Ratu dan Nyonya Menere. Daripada situ saya terfikir mengapa orang Malaysia tidak mencontohi mereka kerana kita ada permintaan tinggi untuk produk ini.

"Lagipun ketika itu saya memang berniaga ubat secara kecil-kecilan. Malah, ketika di UPM pun, saya berniaga ubat di pasar malam. Ramai penuntut UPM sama ada 'batch' (tahun) saya atau senior mahupun junior mengenali saya sebagai penjual ubat pasar malam.

"Selepas tamat pengajian dan bekerja di LPP, saya masih meneruskan perniagaan ini dan apabila mendapat suntikan semangat daripada pengalaman di Indonesia, saya berhenti kerja di LPP pada 1995," katanya.

Sila daftar percuma di sini untuk maklumat lanjut mengenai 'Mai Secawan'

Friday, February 1, 2008

Kebebasan Kewangan & Kesihatan bersama 'MAI SECAWAN'


Mencari yang halal itu Fardhu bagi setiap muslim


100 PRODUK HALAL MUSLIM UNTUK KEGUNAAN SEHARIAN

&

PELUANG JANA HINGGA RM10,000 MELALUI PEMASARAN RANGKAIAN BERASASKAN SYARIAH



Jauhilah produk-produk yang meragukan !



Anda mencari produk herba Islam untuk diamali dan peluang bisnes yang berasaskan syarak ?


Pengalaman 20 tahun HPA dalam industri herba insyallah akan menolong anda mencapai impian anda

Hanya bermodalkan RM30 (seumur hidup) , anda sudah layak menjadi ahli HPA dan boleh memulakan bisnes sebagai pengedar produk HPA. Anda berpeluang mengamalkan dan mengedarkan lebih kurang 100 produk hebat HPA. Kelebihan produk HPA:


1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4) Menggunakan 100% herba.
4) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6) Tidak mengandungi Steroid.
7) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8 ) Melepasi ujian had Mikrob.
9) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.

" Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik. "




>> Untuk Maklumat Lanjut. Klik sini <<